Inovasi Blok Batik boleh ubah ‘Pointillism’ (BBP) memberi dimensi baru kepada para pengusaha batik dalam usaha mengekalkan dan memelihara warisan tradisi seni batik Malaysia. Produk ini sangat fleksibel dan mampu menghasilkan pelbagai jenis corak batik dengan hanya menggunakan satu (1) blok sahaja berbanding kaedah konvensional yang memerlukan banyak blok batik untuk menghasilkan reka corak yang berlainan. Pembatik perlu menyusun paku-paku pada slot-slot yang terdapat pada BBP mengikut reka corak yang dikehendaki sebelum proses celupan pada cecair lilin dilakukan. Pelbagai reka corak batik berasaskan titik dapat dihasilkan dari susunan paku dan mampu menghasilkan corak yang lebih moden dan bersesuaian dengan ‘trend’ terkini.