Ezee DIY Aquaponics Design© Automation System (EDAAS) merupakan sebuah Sistem Akuaponik Automasi (Akuakultur + Hidroponik) yang bertujuan untuk menghasilan produk ikan dan sayuran secara konsisten bagi membantu Golongan B40 menjana pendapatan. Inovasi ini membuat penambahbaikan dari segi pengumpulan data dalam talian/(Cloud Computing) memastikan EDAAS berfungsi dengan optimum dan penggunaan sistem tenaga solar yang akan mengurangkan penghasilan gas hijau dan menyokong United Nation 17 SDGs (1-Poverty, 2-Zero hunger, 13- Climate change)